rait | tanda () yg menandakan betul, menandakan sesuatu perkara sudah dikerjakan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rait | tanda () yg menandakan betul atau menandakan sesuatu perkara sudah dikerjakan. | Kamus Pelajar |
menandakan | 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menandakan | 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menandakan | 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. | Kamus Pelajar |
menandakan | 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. | Kamus Pelajar |
koma I | tanda baca (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca; ~ bernoktah = titik ~ tanda baca (;) utk menandakan tempat berhenti membaca sebentar; ~ di atas, tanda koma yg dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (spt tanda koma pd perkataan Dato’ dll); ~ terbalik tanda koma yg ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda ‘atau’; berkoma terdapat tanda koma; mengomakan meletakkan tanda koma pd: ~ ayat yg panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
label titik semakan(checkpoint label) | 1. Rekod yang digunakan untuk menandakan kedudukan tertentu dalam perjalanan komputer untuk membolehkan sistem dimulakan di sini selepas kegagalan berlaku. 2. Tanda bernama yang digunakan untuk menandakan tempat tertentu dalam atur cara bagi tujuan penyemakan atur cara. | Kamus Komputer |
alamat | 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memplot | menandakan titik-titik pd sesuatu graf mengikut koordinat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |