Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menanggalkan, menanggali


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanggal IIIId bilangan yg menyatakan hari keberapa dlm bulan tertentu, tarikh, hari bulan: mereka gajian sbg kuli pengangkat sampah dua kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan dela­p­an belas; di bawah tandatangan itu dicatat namanya dgn terang, dan ~ hari itu; ~ muda awal bulan; ~ tua akhir bulan; bertanggal ada tanggalnya, bertarikh, ber­hari bulan: berita itu ~ 21 Julai;menanggalkan, menanggali ark membu­buh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan; tertanggal bertanggal, bertarikh, diberi tang­­gal, dibubuh tanggal; penanggalan 1. daftar hari bulan, alma­nak, kalender, takwim; 2. perihal mem­bu­buh tang­gal; 3. tarikh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggal Iterlepas dr tempatnya lalu jatuh atau gugur, lucut, luruh (daun dll), terkelupas (keropeng kudis dll): giginya ~; kulit ular ~ sekali setahun; menanggali 1. mengupas, melucuti (baju dll): ia ~ pakaiannya; mereka sudah ~ atap rumah itu; 2. membongkar (jentera); menanggalkan menjadikan tanggal, mem­buka (pakaian dll), meluruhkan, melucutkan, mencabutkan: ia bangun lalu ~ kemejanya; sebelum masuk ia ~ kasut.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggal Iterlepas atau terlucut dr tempatnya lalu jatuh; luruh (bkn daun dll); terkelupas atau terkopek kulitnya. menanggali 1 menyebabkan sese­orang dibuka pakaiannya (perhiasannya dll); melucuti: Anak itu ditanggali pakaiannya sebelum dimandikan. 2 membongkar (mesin dsb): Setelah di­tanggali, barulah mesin itu dicuci. menanggalkan menjadikan tanggal; membuka (pakaian dll): melucutkan: Sebelum naik ke rumah, dia ~ kasutnya. penanggalan hantu yg kononnya dpt terbang dan tali perutnya keluar berjela-jela.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lucut; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas