nasihat | ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe-nasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menasihati | 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerongkongan | 1. saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke perut: makanan ditelan masuk ke dlm perut melalui ~; 2. halkum, lekum, tenggorok; belum basah ~ku belum minum seteguk air pun; berair ~ku ada rezeki untukku; kering ~ menasihati dia puas sudah menasihati dia; ®rongkong I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerongkong | 1. saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke perut: makanan ditelan masuk ke dlm perut melalui ~; 2. halkum, lekum, tenggorok; belum basah ~ku belum minum seteguk air pun; berair ~ku ada rezeki untukku; kering ~ menasihati dia puas sudah menasihati dia; ®rongkong I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memakati | 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaku | 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertunjuk-tunjukan | 1. saling memperlihat-kan (diri dll), saling mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerintah | 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melakukan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegur | 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beribarat | 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |