mencadangkan | 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencadangkan | 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencadangkan | 1. mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2. mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3. menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. | Kamus Pelajar |
mencalonkan | mencadangkan seseorang sbg calon: Beliau telah ~ Ahmad utk memegang jawatan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencalonkan | mencadangkan nama seseorang utk dipilih, mengemukakan sbg calon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencalonkan | mencadangkan seseorang sbg calon: Beliau telah ~ Ahmad utk memegang jawatan itu. | Kamus Pelajar |
mengura-urakan | mencadangkan; mengusulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengura-urakan | mencadangkan; mengusulkan. | Kamus Pelajar |
mengesyorkan | mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak amendmen | hak mencadangkan pemindaan undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |