mencahayai | memberi cahaya kpd; menerangi; menyinari: Bulan purnama ~ taman yg indah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencahayai | memberi cahaya kpd, menerangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencahayaan | 1 perihal, proses dsb mencahayai atau mencahayakan. 2 penggunaan peralatan atau perkakas bagi mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi sesuatu pementasan, penggambaran dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cahaya | 1 sesuatu (spt sinar matahari) yg dpt mewujudkan keadaan terang: ~ matahari. 2 kejernihan atau seri pd muka. 3 kilauan yg terdapat pd emas, intan, berlian dll. ~ mata a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. ~ muka a. air muka. b. seri pd muka. bercahaya 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. mencahayai memberi cahaya kpd; menerangi; menyinari: Bulan purnama ~ taman yg indah itu. mencahayakan 1 mengeluarkan cahaya; menyinarkan; memancarkan. 2 menjadikan bercahaya atau berkilat; mengilatkan: Batu berlian pd cincinnya dicuci utk ~nya. pencahayaan 1 perihal, proses dsb mencahayai atau mencahayakan. 2 penggunaan peralatan atau perkakas bagi mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi sesuatu pementasan, penggambaran dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cahaya | 1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, menerangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau memancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadikan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi usaha pementasan atau penggambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |