garuk I | alat utk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang padi (bergigi spt sisir), garu; spt ~ dgn sisir prb hal dua orang bersaudara yg berlainan sifat;bergaruk, bergaruk-garuk mengeruk-ngeruk atau mencakar-cakar badan (kerana gatal); menggaruk 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll; hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat; menggarukkan mengeruk dgn, mengeruk utk; tergaruk-garuk tergaru-garu: ~ adik Ayu kerana gatal digigit nyamuk;garukan hasil drpd menggaruk, bekas-bekas digaruk; penggaruk alat utk mengeruk, garu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengais | 1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengais | 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggaruk | 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll; hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kais | ; mengais 1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah. mengaiskan menggunakan sesuatu (jari kaki dsb) utk mengais. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengais-ngais | 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakar | 1 kuku yg panjang-panjang lagi tajam (spt yg terdapat pd ayam, kucing dll). 2 bekas kena kuku atau kena garu. 3 = pencakar alat yg diberi berkuku serta bergandar dan digunakan utk mengumpulkan sampah dll. ~ ayam a. tulisan tangan yg amat buruk. b. kuih yg berlingkar-lingkar dibuat drpd ubi kayu, keledek dll. ~-balar garis-garis yg banyak dan tidak menentu. ~ besi pencakar yg dibuat drpd besi. bercakar-cakaran 1 berkelahi dgn menggunakan cakar (bkn binatang); saling menggaru dgn cakar. 2 ki berkelahi; bergaduh. mencakar 1 menggaru dgn cakar; melukakan dgn cakar: Kucing ~, anjing menggigit. 2 mengais dgn cakar (ttg ayam dll). pencakar alat utk mengumpulkan sampah; cakar. ~ langit bangunan yg tinggi-tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakar I | 1. kuku yg panjang, runcing, dan melengkung (pd burung, ayam, harimau, kucing, dll): anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; 2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu; 3. = pencakar; ~ ayam a) tulisan tangan yg amat buruk; b) sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu atau keledek yg diracik; ~-balar garis-garis atau cakar-cakar yg banyak dan tidak menentu (calar-balar); ~ besi a) sepit besi utk memegang besi yg dibakar dll; b) pencakar yg dibuat drpd besi; bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran 1. (bkn binatang) berkelahi dgn menggunakan cakar; 2. ki berkelahi, bertengkar: kita sering ~ sesama sendiri; mencakar 1. menggaru (dgn cakar); 2. ark mengais, mencari makan (bkn ayam dll); percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran); pencakar 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat-tingkat dan tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kais | ; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencakar | 1 menggaru dgn cakar; melukakan dgn cakar: Kucing ~, anjing menggigit. 2 mengais dgn cakar (ttg ayam dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |