mencalit | mengotorkan sedikit dgn sesuatu; memalit: ~ kereta dgn lumpur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencalit | mengotorkan sedikit dgn sesuatu; memalit: ~ kereta dgn lumpur. | Kamus Pelajar |
mencalit | menyapu, menggores: kedengaran orang mencalit mancis api dari dalam bilik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
calit | I kotoran yg sedikit yg melekat pd sesuatu. bercalit kotor kerana kena calit sesuatu spt lumpur, dakwat dll; berpalit. mencalit mengotorkan sedikit dgn sesuatu; memalit: ~ kereta dgn lumpur. mencalitkan memalitkan sesuatu pd; mencolekkan: Budak nakal itu telah ~ lumpur pd keretanya. calitan sesuatu (spt darah, selut) yg sangat sedikit (yg dipalitkan atau yg diambil dgn mencalit): ~ darah itu diuji utk menentukan jenis kuman yg terdapat di dalamnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencolek | 1 mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2 mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3 mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
colek | /colék/; mencolek 1 mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2 mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3 mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1 mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2 mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memalit | 1 menyapu atau melumas pd; mencalit: ~ bibir dgn gincu. 2 mengusik sesuatu dgn hujung jari; mencolek: ~ sambal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
colek | /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb. | Kamus Pelajar |
menconteng | mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalit | 1 menyapu atau melumas pd; mencalit: ~ bibir dgn gincu. 2 mengusik sesuatu dgn hujung jari; mencolek: ~ sambal. | Kamus Pelajar |