mencampakkan | melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencampakkan | melemparkan, membuangkan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencampakkan | melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. | Kamus Pelajar |
tauk | Kd; menauk 1. membuang (melempar-kan, mencampakkan) sesuatu; ~ langkah mengangkat langkah, melangkah; ~ sauh mencampakkan sauh; 2. menangguk ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuang | 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuang | 1. menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2. mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3. menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4. menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; menyia-nyiakan:Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saya. 5. menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; menyia-nyiakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. | Kamus Pelajar |
menceburkan | mencampakkan (sesuatu) ke air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menceburkan | mencampakkan (sesuatu) ke air. ~ diri a. terjun ke air. b. mencampuri atau memasuki (politik dll). | Kamus Pelajar |
menebarkan | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebar | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |