mencari-cari | 1. mencari dgn bersungguhsungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cari | 1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguhsungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasi I | 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah masak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng bersama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana terlalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg dikuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn berlebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg dikukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg disuapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg dikangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tambah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; menantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafkah | 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengupayakan | 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukur | 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merempuh | 1 mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. 2 melanggar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melimbang | 1 mencari atau mencuci bijih timah (emas dll) dgn menggoyangkan dulang; mendulang. 2 mencuci beras utk ditanak; mengosek beras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengesan | 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggetah | 1 mencari getah di hutan dll. 2 menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |