Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.la] | منچلا

Definisi : mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.la] | منچلا

Definisi : menyatakan kekurangan atau cela se­suatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencela

Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cela-mencelasaling mencela, caci-mencaci;Kamus Dewan Edisi Keempat
cela1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn per­buatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. ke­aiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpat1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencelamenyatakan kekurangan atau cela se­suatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencelamengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia?Kamus Dewan Edisi Keempat
mencelamenyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu.Kamus Pelajar
cerewet (ceréwét)1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, ber­sungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok­-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil­-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat; mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu; kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aib1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencercamencela keras; mencaci; memaki: Kita tidak dibenarkan ~ orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencercamencela keras; mencaci; memaki: Kita tidak dibenarkan ~ orang lain.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas