cita I | 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan sesuatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengazamkan | mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idealisme | (idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak banyak mendorong masyarakat utk membaca - tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat ang-kara kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspirasi | keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencita-cita | 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angan | ; angan-angan 1 gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu adalah hendak menjadi Perdana Menteri. 2 apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3 fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan: Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. berangan-angan mempunyai angan-angan atau cita-cita: Ia ~ hendak menjadi pensyarah sejak di bangku sekolah lagi. mengangan-angankan memikirkan (menggambarkan) sesuatu dlm fikiran; mencita-citakan; mengenangkan: Dia memang ~ jawatan itu sejak dahulu lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cita I | 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angan; | angan-angan 1. gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu ialah hendak menjadi Perdana Menteri. 2. apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3. fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan. Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. berangan-angan mempunyai angan-angan atau cita-cita: Ia ~ hendak menjadi pensyarah sejak di bangku sekolah lagi. mengangan-angankan memikirkan (menggambarkan) sesuatu dlm fikiran, mencita-citakan; mengenangkan: Dia memang ~ jawatan itu sejak dahulu lagi. | Kamus Pelajar |
azam | tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |