mencong | /méncong/ tidak lurus; herot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencong | (méncong) Jk serong, tidak tepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencongklang | berlari deras (bkn kuda): dlm perlumbaan itu, semua kuda ~ utk cuba mengatasi satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
herot | (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot; mengherotkan menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan: garisan yg dilukisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; mengherot-herotkan menyebabkan herot beberapa kali atau banyak kali; terherot-herot menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencong-mencong | tidak lurus atau tidak teratur letaknya; herot-berot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencong-mencong | erang-erot, tidak lurus, serong-merong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencong /péncong/, = ~-mencong | tidak lurus atau tidak teratur letaknya; herot-berot. | Kamus Pelajar |
pencong | /péncong/, = ~-mencong tidak lurus atau tidak teratur letaknya; herot-berot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
congklang | Jk; bercongklang, mencongklang berlari deras (bkn kuda): dlm perlumbaan itu, semua kuda ~ utk cuba mengatasi satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerong | tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |