Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.nga/.kan] | منچوڠقکن

Definisi : mendongakkan kepala (mu­ka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencongakkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencongakkanmendongakkan kepala (mu­ka).Kamus Dewan Edisi Keempat
mencongakkanmendongakkan (kepala, muka atau hujung sesuatu) ke atas.Kamus Pelajar
melangutkanmengangkat (muka, kepala seseorang) supaya mendongak, mendongak­kan, mencongakkan: ~ kepala anaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendongakkanmengangkatkan muka (bahagian hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan: Zaini yg tunduk ketika itu mencuba ~ kepalanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
congak II; ~-cangit mendongak dan menun­dukkan muka berkali-kali; mencongak menaikkan (mengangkat) ke­pala atau muka ke atas, mendongak: dia ~ memandang kpd aku; mencongakkan mendongakkan kepala (mu­ka).Kamus Dewan Edisi Keempat
langut I; melangut 1. memandang ke atas, mencongak, mendongak, menengadah: jari Ajis menunjuk ke muka akhbar kemudian kepalanya ~; 2. duduk termenung-menung (membuang masa); 3. memandang orang sedang makan (seolah-olah meminta); melangutkan mengangkat (muka, kepala seseorang) supaya mendongak, mendongak­kan, mencongakkan: ~ kepala anaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
congakhitungan yg dibuat dlm kepala (tidak dgn menulis pd kertas atau tidak dgn menggunakan alat pengira). mencongak 1. menghitung atau mengira dlm kepala. 2. mengangkat kepala (muka) ke atas; mendongak. 3. mengagak-agak; menduga: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpdnya nanti. mencongakkan mendongakkan (kepala, muka atau hujung sesuatu) ke atas.Kamus Pelajar
dongak; mendongak, terdongak 1. ter­angkat sedikit ke atas (bkn kepala, muka, dll), tercongak: kapal yg kena bom itu ~ kian tegak dan akhirnya meluncur teng­gelam; kepalanya ~ dan pandangannya terlekat ke siling; 2. memandang (menoleh, menengok) ke atas: ia pun ~ ke langit dan memejamkan matanya; ~ rupa kerbau jantan kemudian prb orang yg mem­per­lihatkan keangkuhannya; mendongakkan mengangkatkan muka (bahagian hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan: Zaini yg tunduk ketika itu mencuba ~ kepalanya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas