batu mendak | batu yg terjadi drpd lapisan atau timbunan mendak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendak | 1 lumpur, pasir dll yg tenggelam ke dasar sungai dll. 2 turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll). memendakkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah. pemendakan perihal (proses dll) mendak atau memendakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendak | 1. lumpur (pasir, habuk, dll) yg tenggelam ke dasar sungai dll, pepejal yg mendap ke bawah (dlm air dll): sungai itu mem-bawa ~ dgn banyaknya; 2. turun ke bawah dan bertimbun di dasar (spt pasir dll), mendap: butir-butir ini ~ berlapis-lapis; batu ~ batu yg terjadi drpd lapisan atau timbunan mendak; memendakkan membiarkan memendap (dlm air dll); mendakan pepejal yg tidak larut yg terhasil dlm sesuatu tindak balas kimia (yg berlangsung dlm larutan); pemendakan proses menjadi mendak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendap | turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll); mendak. memendapkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. mendapan 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. kemendapan keadaan mendap. pemendapan perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
enap I | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; pengenapan proses mengenap atau mengenapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemendakan | proses menjadi mendak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endap | ; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak; mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemendakan | perihal (proses dll) mendak atau memendakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengendapkan | membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelodak | kotoran spt lumpur, pasir yg mendak ke dasar sungai dsb. berkelodak mengandungi kelodak atau dicemari kelodak: Air lebihan yg ~ mengalir ke sungai hingga boleh menjejaskan kebersihan air sungai tsb. pengelodakan proses terbentuk atau terjadinya kelodak: Sebahagian besar ~ disebabkan oleh kerja-kerja mengorek tanah yg tidak terkawal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |