Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendengarkanmemasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnyaKamus Pelajar Edisi Kedua
mendengarkanmemasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya.Kamus Pelajar
pekak1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. be­ngap, tidak nyaring bunyinya; ~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak men­dengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya; memekak membuat bising; memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. me­nyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga. terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pekaktidak dpt mendengar sama sekali; tidak dpt mendengar dgn baik; tuli. ~ badak tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. memekakkan 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pekaktidak dpt mendengar sama sekali; tidak dpt mendengar dgn baik; tuli. ~ badak tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. memekakkan 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga.Kamus Pelajar
pendengaran1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; mendengar 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~, dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1 orang yg mendengar: ~ radio. 2 alat atau perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendengar1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pekak (-pekak) badaka) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak men­dengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut;Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; mendengar 1. dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2. mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3. mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~ dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1. sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2. dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1. pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2. hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3. apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1. orang yg mendengar: ~ radio. 2. alat utk perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas