menegak | 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegak | 1. berdiri: lambat amat ibu ~; 2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dll): dia berdiri ~; 3. tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan): gunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya; 4. ki tetap tidak berubah, tetap teguh (pen-dirian dll): mereka tetap ~ dgn pendirian mereka; 5. = setinggi ~ sama tinggi dgn orang berdiri, sependiri; 6. wujud dan berkembang (sesuatu yg abstrak): mereka menganggap bahawa agama itu ~ di atas sangkalan ter-sebut; ~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dll); ~ damar tempat memasang damar; ~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah); ~ ekor menunjukkan keberanian dan ke-garangan masing-masing; ~ tegun tegak dan tidak bergerak-gerak; ~ pd yg datar prb tetap berpegang pd kebenaran; ~ sama tinggi, duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya; ~ seroman-roman, duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat; yg ~ disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula; setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya); tegak-tegak 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; bertegak; ~ lutut duduk dgn lutut ditegakkan; ~ nama Mn berkenduri utk memberi nama; ~ penghulu Mn merasmikan perlantikan penghulu;menegak 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); menegakkan 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuh-kan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau memper-tahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pen-dapat, pendirian, kebenaran, dll), mempertahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: bebe-rapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang; ketegakan perihal tegak, kedudukan; penegakan perihal menegakkan; penegak 1. sesuatu yg menegakkan (mendirikan), pendiri; 2. orang (pihak) yg memperjuangkan sesuatu: ~ kebenaran; sepertegak Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendatar | 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara melintang, menegak, ~ atau statik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegak | 1 bangkit atau bangun dr tempat duduk dsb; berdiri: Dia pun ~ dr kerusinya. 2 lurus ke atas (bkn sikap badan, tiang dll): Dia berdiri ~. tegak-tegak (berdiri dll) lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~. menegak menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. menegakkan 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. ketegakan keadaan tegak. penegakan perbuatan, hal dsb menegak atau menegakkan. penegak sesuatu yg menegakkan atau yg mendirikan; sokong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sirip | 1. sayap ikan (utk berenang), ridip; 2. (Kej) struktur tetap yg menegak pd ekor pesawat udara utk meningkatkan kestabilannya; bersirip bertindih-tindih atau berlapis-lapis (atap genting dll): atapnya tembaga dan timah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memomokkan | 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk menegak-kan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melintang | 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garis tapak(base line) | 1. Garis yang menjadi rujukan bagi penempatan aksara di atas baris. 2. Garis mendatar atau garis menegak yang dibentuk oleh libasan elektron pada tiub sinar katod unit paparan. | Kamus Komputer |
melintang | 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru membalut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
momok | 1. sj hantu yg disebut-sebut utk menakut-nakutkan kanak-kanak; 2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu; memomokkan 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk menegak-kan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik; memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakutnakutkan: hari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin kusam; momokan bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |