meniarapkan | membaringkan (merebahkan, meletakkan, dll) dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan: Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing; ia ~ pinggan mangkuk yg baru dicuci supaya kering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelungkupkan | menjadikan atau menyebabkan menelungkup; meniarapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menelungkupkan | menjadikan menelungkup, menengkurapkan, meniarapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelungkupkan | menjadikan atau menyebabkan menelungkup; meniarapkan. | Kamus Pelajar |
tiarap | bertiarap = meniarap; meniarap berbaring dgn dada dan perut di bawah, menelungkup (lwn menelentang): ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal; meniarapkan membaringkan (merebahkan, meletakkan, dll) dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan: Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing; ia ~ pinggan mangkuk yg baru dicuci supaya kering; tertiarap jatuh, rebah, dll dgn bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap: dia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung; biar tersenget jangan ~ prb lebih baik rugi sedikit drpd habis semua sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menungkupkan | menelungkupkan, meniarapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menengkurapkan | menelungkupkan, meniarapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelangkupkan | meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan: Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pd meja, menangis lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangkupkan | meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun meniarap ~ mukanya ke bantal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangkupkan | meletakkan menangkup; menelungkupkan (pinggan mangkuk dll). | Kamus Pelajar |