menempahkan | menempah utk seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempah | = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehendaki membayar ~nya; menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyuruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; menempahkan menempah utk seseorang; tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; penempahan perihal (perbuatan dsb) menempah, pemesanan (barang); penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg membuat tempahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |