tengok | /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tengok | (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan perangkap; 2. melihat pertunjukan dll, menonton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meramalkan | 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memantau | 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramal I | Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramalkan); peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantau II | ark; memantau 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ; pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan itu; pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan; pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menengok | 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menengok | 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan perangkap; 2. melihat pertunjukan dll, menonton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjengah | 1. melihat (menengok) dgn menghulurkan kepala, menjenguk: sekali-sekala ia ~ keluar tingkap memerhatikan ketibaan anaknya; 2. (datang) mengunjungi: sudah lama betul awak tak ~ ke sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jengah I | ; menjengah 1. melihat (menengok) dgn menghulurkan kepala, menjenguk: sekali-sekala ia ~ keluar tingkap memerhatikan ketibaan anaknya; 2. (datang) mengunjungi: sudah lama betul awak tak ~ ke sini; menjengahkan menghulurkan (kepala): kadang-kadang aku ~ kepalaku keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |