Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tepi1 tempat atau kawasan yg letaknya di pinggir: Kami pergi berkelah di ~ pantai. 2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan. 3 sempadan di antara satu dgn yg lain; batas: ~ langit sempadan di antara langit dgn air laut. bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. bertepikan mempunyai atau memakai sesuatu sbg tepi atau sbg birai: Lengan bajunya ~ renda berwarna merah. menepi 1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai). tepian tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). ke tepi (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. mengetepikan 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepi1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umum­nya, siswazah tempatan akan ~ dan ter­singkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiat­an kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih.Kamus Dewan Edisi Keempat
menepi1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menepi1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata);Kamus Dewan Edisi Keempat
menepi1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~.Kamus Pelajar
menyisi1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyingkir1. mengelak, meng­hindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dari­ku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak me­makainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan);Kamus Dewan Edisi Keempat
sisi1 pergi ke sisi; menepi.Kamus Pelajar
menyisi 1 pergi ke sisi; menepi.Kamus Pelajar
menyingkir1 tidak mahu mendekati; pergi ke tepi; mengelak; menepi: Baik kita ~, biar dia lalu. 2 pergi ke tempat jauh yg lebih aman; menye­lamatkan diri ke tempat yg lebih aman: Beribu-ribu orang pelarian Palestin telah ~ ke Jordan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas