slogan | kata-kata keramat yg dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneriakkan | memekikkan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring; menyerukan; melaungkan: Guru itu ~ perkataan yg kurang jelas kpd muridnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meneriakkan | 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneriakkan | memekikkan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring; menyerukan; melaungkan: Guru itu ~ perkataan yg kurang jelas kpd muridnya. | Kamus Pelajar |
menempikkan | meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; memekikkan; menjeritkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyorakkan | meneriakkan atau menyerukan sesuatu dgn kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memekikkan | meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; melaungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melaungkan | meneriakkan sesuatu dgn suara yg nyaring; menyerukan: Beramai-ramai mereka ~ “Hidup Malaysia”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjeritkan | meneriakkan (nama dsb) dgn suara yg kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyorakkan | meneriakkan atau menyerukan dgn suara yg nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |