Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terik (adjektif)
1. Bersinonim dengan erat: teguh, kukuh, kuat, tegang,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan sempit: ketat, sendat, mencerut,
Berantonim dengan longgar

3. Bersinonim dengan panas: hangat, berapi, berbahang, berkuap, meruap, membara, menyala, meluap, membuak, mendidih, menggelegak,
Berantonim dengan dingin

Kata Terbitan : menerik, menerikkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terik I1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikat­an), erat, kuat, teguh; 2. sempit dan men­­ce­rut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3. amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~; menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menerikkan1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terik1 tidak mudah terbuka atau ter­lucut (ttg ikatan dll); kemas; erat: Diikatnya bungkusan itu ~-~ supaya tidak terbuka. 2 sempit dan mencerut (ttg pakaian, spt seluar); sendat; ketat: seluar yg ~. 3 amat sangat (ttg panas matahari): Panas kian ~ dan kian mem­bakar kulit kepala. menerikkan menjadikan terik; mengemaskan; menge­­tatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketat1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn per­kataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawal­an, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berba­gai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikat­an tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetat­kan; pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas