abu I | 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengabui | 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandiwara | 1. pertunjukan cerita yg dilakon-kan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll); bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; menyandiwarakan 1. melakonkan sandiwara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan; persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara: zaman sebelum perang ada-lah dianggap sbg zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berolah | 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersandiwara | 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abu | 1 sisa barang yg telah habis terbakar: ~ dapur; ~ rokok. 2 kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelabu | 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengetahuan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan muslihat), mengabui (mata), memperdaya, menipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abu | 1. sisa barang yg telah habis terbakar:~ dapur; ~ rokok. 2. kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. | Kamus Pelajar |
topeng | /topéng/ 1 penutup muka yg dibuat drpd kertas dll yg biasanya berupa muka orang, muka binatang dll. 2 ki perbuatan, kata-kata dll utk mengabui mata orang. ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun. bertopeng menutup muka dgn topeng. bertopengkan memakai sesuatu sbg topeng. menopeng memakai topeng. menopengi 1 memberi bertopeng; membubuh topeng pd: ~ muka. 2 ki melindungi maksud, perkara dll yg sebenarnya: Perlakuan yg sopan hanyalah utk ~ perbuatan tidak baik yg pernah dilakukannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
palsu | 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |