mengakhiri | menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengakhiri | menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakhiri | memberikan akhirnya; menyudahi; menghabisi: Beliau ~ ucapannya dengan sebuah pantun. | Kamus Pelajar |
berselesai | mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuka | mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghabisi | menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyudahi | 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menoktahi | ki mengakhiri: aku mencari jalan agar pertemuan petang ini dinoktahi dgn perpisahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghabisi | 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuka puasa | mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |