mengakses | dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengakses | mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berinformasi | mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
informasi | keterangan, maklumat; berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telnet | /télnét/ ist atur cara yg membolehkan pengguna sesuatu komputer mengakses dan menggunakan komputer lain yg dlm rangkaian yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggodam | 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
WAP | akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata laluan | gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata laluan | a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akses | /aksés/ 1 ist proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) data atau maklumat. 2 hak atau bolehnya mencapai data atau maklumat dlm komputer; capaian: Pengguna akan diberi ~ Internet secara automatik. mengakses dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |