mengalahkan | melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengalahkan | 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengalahkan | 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalahkan | menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalahkan | melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll:Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. | Kamus Pelajar |
mengalahkan | 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. | Kamus Pelajar |
menang | 1. berjaya (dlm perlawanan, peperangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertandingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm perlawanan dll), berhasil atau berjaya mengalahkan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat kejayaan atau hadiah dlm pertandingan (peraduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadikan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma kemenangan yg diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menewaskan | 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menewaskan | 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakluk | menyerang dan mengalahkan; menundukkan: Askar-askar itu kemudian telah berjaya pula ~ beberapa buah negeri lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |