lenggang perut | istiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengandung | 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengandung | 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandung | 1. membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2. berisi; bermuat:Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3. hamil. | Kamus Pelajar |
tian I | 1. bahagian perut tempat bayi berada semasa dlm kandungan, kandungan; dlm ~ mengandung, hamil; mandi ~ istiadat mandi waktu sedang mengandung (biasanya apabila kandungan berusia tujuh bulan); 2. anak (mamalia) yg masih dlm kandungan: bagaimanakah caranya ~ binatang mamalia mendapat makanan dan oksigen sebelum ia dilahirkan; bertian mengandung, hamil; meniani membuntingi, menghamilkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunting | 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenggang | /lénggang/ 1 gerakan atau ayunan tangan ke depan dan ke belakang ketika berjalan: ~ tangannya lemah gemalai. 2 gerakan berbuai-buai (spt kapal dipukul gelombang). ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan. berlenggang 1 berjalan dgn tangan berayun ke depan dan ke belakang. 2 bergerak ke kiri dan ke kanan atau turun naik (spt kapal atau perahu dipukul gelombang). 3 berjalan dgn tidak membawa buah tangan atau dgn tidak membawa beban: Dia pergi ke rumah emaknya ~ saja. ~ lenggok berliuk-liuk ke kiri dan ke kanan spt orang menari. melenggangkan mengayunkan (tangan) ke depan dan ke belakang ketika berjalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hamil | mempunyai anak dlm kandungan; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hamil | mempunyai anak dlm kandungan; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung. | Kamus Pelajar |
bunting | 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |