Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengangkatiberkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;Kamus Dewan Edisi Keempat
takbir IAr kalimah mengagungkan Allah dgn menyebut “Allahuakbar” berulang kali: suara ~ berkumandang pd malam raya; membaca ~ melafazkan “Allahuakbar” (berulang-ulang); mengangkat ~ mengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan “Allahuakbar”;bertakbir membaca takbir: suara orang ~ bergemuruh bunyinya; takbiran puji-pujian kpd Allah dgn bertakbir.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengangkat takbirmengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan “Allahuakbar;;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengangkat-angkat1. mengangkat ber­ulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjulang1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
julang; menjulang 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengangkat1 alat utk mengangkat. 2 orang yg mengangkat. 3 orang yg suka memuji-muji; pengampu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengangkat1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji.Kamus Dewan Edisi Keempat
julangmenjulang 1. mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2. membumbung tinggi; meninggi:Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3. ki menghormati; menyanjung tinggi:Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat.Kamus Pelajar
mengacakmemegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu; ~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki ber­dagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi); dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas