menganjal | melenting lalu kembali spt biasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menganjal | mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganjal | melenting lalu kembali spt biasa. | Kamus Pelajar |
lantun | ; melantun 1. membuang balik, memantul, menganjal: tudung pen itu ~ di atas meja; 2. ki terkena semula (pd seseorang): soalan ini ~ balik kpd kamu sendiri; melantunkan menyebabkan menganjal atau mengambul, mengambulkan; lantunan gerakan melantun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenyal | 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjal | mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~; menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; menganjalkan menyebabkan atau menjadikan menganjal: gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan; keanjalan perihal anjal, kekenyalan, keelastikan; ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantul; memantul | berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. | Kamus Pelajar |
lenting I | ; melenting 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya; melenting-lenting bergerak (melompat, meloncat dsb) dgn cepat berulang kali: ulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dlm tong sampah; melentingkan menyebabkan melenting: kelemahan utama gaya ini ialah kecenderungan atlet utk ~ badan mereka terlalu awal; ~ batu kerikil dan lumpur ke belakang; lentingan gerakan atau hasil melenting, lonjakan: tiba-tiba sahaja bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu; pelenting; kekuatan ~ Id kekuatan menganjal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantul | ; memantul 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. pemantulan proses, perbuatan dsb memantul atau memantulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melating | menganjal, mengambul, bingkas (jerat dll); ®leting II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |