mengantarai | 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengantarai | 1. membuat antara, memisahkan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengantarai | 1. memisahkan dua benda dsb: Banjaran gunung Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2. menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). | Kamus Pelajar |
menengahi | mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengantaraan | tindakan mengantarai (menjadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseling | ada yg mengantarainya; berselang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perantaraan | 1. perihal mengantarai (bertindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seling | ; berseling ada yg mengantarainya; berselang. menyelingi menyela dgn sesuatu; menyelang: Pekerjaan yg sukar itu diselingi dgn gurau senda. selingan apa-apa yg digunakan utk menyelingi sesuatu yg berturut-turut: lagu-lagu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengantara | orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengantaraan | perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |