mengasing | berasing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isih | ; berisih beratur; mengisih 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan perkamusan; pengisihan 1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan; pengisih 1. orang yg mengisih (mengatur, menyusun), pengatur, penyusun; 2. orang yg kerjanya mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing; 3. alat utk mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengisih | 1. orang yg mengisih (mengatur, menyusun), pengatur, penyusun; 2. orang yg kerjanya mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing; 3. alat utk mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyortir | memilih, mengasing-asingkan (dlm kelompok, jenis, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyendiri | duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelaskan | membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menentukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalwat | Ar 1. perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sortir | IB; tukang ~ orang yg memilih; menyortir memilih, mengasing-asingkan (dlm kelompok, jenis, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alat pengempar | sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengempar | ; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |