mengatas | 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atas-mengatas | selalu hendak ke atas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meningkat | 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atas | 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah ~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim; ~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah): letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;beratas-atasan = atas-mengatasi;mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi; atas-mengatas selalu hendak ke atas;mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di sekolah kami, murid-murid saling ~;mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;teratas terletak (berada dll) di atas sekali; atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan , nombor 6 disebut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkat | 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |