mengekalkan | menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengekalkan | menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengekalkan | sl menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengekalkan | menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? | Kamus Pelajar |
kekal | tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mampan | mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melestarikan | menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengabadikan | menjadikan abadi; mengekalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengabadikan | menjadikan abadi; mengekalkan. | Kamus Pelajar |
konservatif | ingin atau cenderung utk mengekalkan sesuatu keadaan yg wujud atau yg menjadi kebiasaan: Golongan ~ telah menentang rancangan pemulihan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |