mengelakkan | 1 menghindarkan diri (drpd terkena pukulan dll): Beliau melompat ~ tikaman itu. 2 melarikan diri drpd mengerjakan sesuatu: Abu selalu ~ diri drpd bekerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengelakkan | menjauhkan atau menghindarkan diri drpd kena bahaya (tanggungjawab dll), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dll: ia hendak ~ dirinya drpd pandangan teman-temannya itu; Panglima Hitam melompat ~ tikaman itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelakkan | 1. menghindarkan diri (drpd terkena pukulan dll): Beliau melompat ~ tikaman itu. 2. melarikan diri drpd mengerjakan sesuatu: Abu selalu ~ diri drpd bekerja. | Kamus Pelajar |
kelit | ; berkelit mengalihkan (mengetepikan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan, memberi laluan kpd seseorang dll), mengelik, menyisi, berkelit-kelit mengelik berkali-kali, berkali-kali menghindarkan (mengalihkan) diri dgn pantas; mengelit mengundurkan (mengalihkan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan, tikaman, dll), mengelik, mengelis; mengelitkan mengelakkan atau menyisikan (diri) dgn pantas, mengundurkan atau menyembunyikan (diri) dgn cepat, mengelikkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengegoskan | 1. membelokkan utk mengelakkan sesuatu (kereta dll); 2. mengelakkan (pukulan, tikaman, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelek II | (gélék) Mn; menggelek mengelokkan badan dll utk mengelakkan pukulan dll, mengelak;menggelekkan mengelakkan (diri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
egos | (égos) Jk; mengegosi mengelak sesuatu, menghindari (dgn berbelok, menyisir, dll); mengegoskan 1. membelokkan utk mengelakkan sesuatu (kereta dll); 2. mengelakkan (pukulan, tikaman, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelik I | kelok, liku; mengelik mengalihkan (menggerakkan, mengelakkan) sedikit tubuh (utk mengelakkan tikaman, pukulan, dll): sebaik-baik sahaja Ali menikam, Kassim pun ~; mengelikkan mengelakkan atau menghindarkan (tikaman, pukulan, dll) dgn mengelik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkis | ; menangkis 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. tangkis-menangkis saling mengelakkan atau saling menepis pukulan dll; saling menangkis. tangkisan hasil menangkis; tepisan. penangkisan perbuatan atau hal menangkis. penangkis alat utk menangkis: meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunci perkakasan(hardware key) | 1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian. | Kamus Komputer |