Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membeberkan1. mengembangkan (bendera, layar, dll), membentangkan: jong itu telah ~ layarnya; 2. membentangkan: keterangannya ~ betapa banyaknya perubahan itu; 3. membuka (rahsia dll): dia suka ~ rahsia orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beber(bébér); wayang ~ Jw sj wayang yg dipertunjukkan dgn cara membuka gambargambar yg terlukis pd kain putih yg bergulung;membeber membuka (gulungan, payung, dll); membeberkan 1. mengembangkan (bendera, layar, dll), membentangkan: jong itu telah ~ layarnya; 2. membentangkan: keterangannya ~ betapa banyaknya perubahan itu; 3. membuka (rahsia dll): dia suka ~ rahsia orang; beberan bentangan;pembeberan perbuatan membeber(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
babar; membabar membentang, mengembang;membabarkan 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;terbabar 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;pembabaran 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembabaran1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, men­jadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-­ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau menge­rikan), seram bulu tengkuk (kerana keta­kutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkem­bang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengembangkan1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengembangkan1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
membabarkan1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengembangkan1. membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2. menjadikan besar (luas dll):Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3. menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan:~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4. menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3).Kamus Pelajar
12345

Kembali ke atas