kelana | orang yg mengembara; pengembara; perantau. berkelana mengembara; merantau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembara | ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembara | mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah:Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi:Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. | Kamus Pelajar |
kembara | ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengembara | pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengembara | pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelana | orang yg mengembara; pengembara; perantau. berkelana mengembara; merantau. | Kamus Pelajar |
tandang I | lawatan (ke tempat orang, ke rumah orang, dll), kunjung; orang ~ desa orang yg mengembara atau merayau-rayau ke merata-rata tempat; bertandang pergi bertamu ke (kpd, di), berkunjung: ia selalu sangat ~ ke rumah orang; ~ desa pergi mengembara atau menjelajah ke merata tempat; ~ diam pergi berkunjung dan bermalam beberapa malam; ~ duduk sl bertamu ke, berkunjung, melawat; ~ membawa lapik prb Mn berkunjung ke rumah sahabat dgn membawa bekalan dll sendiri; bagai ~ ke surau = bagai ~ ke rumah meranda prb berkunjung ke rumah orang dgn tidak dijamu apa-apa; menandangi 1. pergi mengunjungi, melawat, menemui: dilihatnya gadis-gadis lain ~ Khadijah; 2. ark mengembara, menjelajah; petandang Mn orang yg suka bertandang; pertandang; orang ~ (Palembang) ark musafir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tualang I | 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelana I | 1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berkelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini? | Kamus Dewan Edisi Keempat |