Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mu.ka.kan] | مڠموکاکن

Definisi : 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mu.ka.kan] | مڠموکاکن

Definisi : 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
saran Icadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd; menyarankan 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat; saranan hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat sambutan drpd orang ramai; penyaranan perihal menyarankan sesuatu, pencadangan, pengutaraan: ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi kepentingan golongan tertentu; penyaran pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyarankan1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pencalonorang (pihak) yg mencalonkan atau mengemukakan calon: ~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujah IAr pendapat berserta alasan yg diberi­kan sbg menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dsb): masing-masing mengemukakan ~ yg kuat; berhujah mengemukakan (memajukan) hujah: mereka ~ tentang manusia dan kema­nusiaan, tentang dunia, dan keduniaan; menghujah memberi hujah (sewaktu me­nen­tang atau menyanggah pendapat orang lain): “Tahan macam mana?” Haron ~; menghujahkan memberikan hujah, menge­muka­kan pendapat (pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya; hujahan hujah: adanya pentafsir belum men­jamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan; penghujahan perihal memberikan hujah ten­tang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan; penghujah orang yg mengemukakan hujah (biasanya dlm perbahasan): ~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengemukakan1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengemukakan1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengemukakan1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan.Kamus Pelajar
mendakwa1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
saranpendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: mem­beri ~ mengemukakan pendapat. me­­­nya­rankan mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; meng­anjur­kan: Dia ~ supaya suatu ta­bung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usul IIfikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas