menggabung | 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gabung | ikat, berkas: tiga ~ tebu;bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |