gesel | (gésél) gosok, geser; bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan; bergeselan saling bersentuhan; gesel-menggesel saling menggesel; menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru; menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu; tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);geselan gesekan, geseran;pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gesel-menggesel | saling menggesel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggesel | melakukan sentuhan sambil bergerak pd sesuatu; menggeser; menggosok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggesel | menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggesel | melakukan sentuhan sambil bergerak pd sesuatu; menggeser; menggosok. | Kamus Pelajar |
gesel | /gésél/; bergesel bersentuh antara satu dgn yg lain; bergeser: Kerana jambatan itu sempit, orang ramai yg lalu-lalang di situ sering ~. bergeselan saling bergesel; bersentuhan. menggesel melakukan sentuhan sambil bergerak pd sesuatu; menggeser; menggosok. menggeselkan menggerakkan sesuatu apabila bersentuhan dgn sesuatu yg lain: Apabila belakangnya berasa gatal, ia ~nya pd batang kelapa. tergesel tersentuh oleh sesuatu (yg bergerak); tersentuh akan sesuatu: Keretanya bercalar-calar kerana ~ pd pagar berduri. pergeselan hal, perbuatan dsb bergesel atau bergeselan. penggeselan hal, perbuatan dsb menggesel atau menggeselkan. penggesel alat yg di gunakan utk menggesel: ~ karbon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyarut | menggesel, bersanggit dgn: tayarnya hendaklah jangan ~ rodanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggeser | menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyenggol | menyentuh, menggesel: sebuah lori telah ~ bahagian depan kereta Suryono; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembi | Ph menyentuh (menggesel) dgn badan, menyinggung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |