ajaib | 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghairankan | menimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghairankan | menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghairankan | menimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton. | Kamus Pelajar |
ajaib | 1 tidak spt biasa; aneh; ganjil: Binatang ini sangat ~. 2 sesuatu yg menghairankan (luar biasa, aneh). mengajaibkan 1 menghairankan; menakjubkan. 2 memandang sesuatu sbg ajaib. keajaiban 1 keadaan atau sifat ajaib; keanehan; keganjilan: ~ yg ada pdnya mengagumkan semua. 2 sesuatu (ciptaan, kejadian dsb) yg menakjubkan: tujuh ~ dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ajaib | 1. tidak spt biasa; aneh; ganjil: Binatang ini sangat ~. 2. sesuatu yg menghairankan (luar biasa, aneh). mengajaibkan 1. menghairankan; menakjubkan. 2. memandang sesuatu sbg ajaib. | Kamus Pelajar |
mengajaibkan | 1 menghairankan; menakjubkan. 2 memandang sesuatu sbg ajaib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memelikkan | menganehkan, menghairankan: itulah yg ~ teman-teman sepejabat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengagumkan | menyebabkan kagum; menghairankan; menakjubkan: Kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengagumkan | menyebabkan kagum; menghairankan; menakjubkan:Kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~. | Kamus Pelajar |