hambur I | ; berhamburan 1. bertaburan merata-rata (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~; menghamburi menaburi, menyebar pd: setelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga; menghamburkan 1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurahkan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debunganya pun ~ keluar; hamburan sesuatu yg dihamburkan; penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambur I | ; berhamburan 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; berselerak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menabur | 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamburkan | 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghamburkan | 1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurahkan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamburkan | 1. membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. | Kamus Pelajar |
menaburkan | 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebarkan | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebar | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyumpah | 1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menyeranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; dulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |