menghiburkan | menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hibur | ; menghibur menyenangkan atau menggirangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghibur | 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiburan | sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekreasi | (rékréasi) kegiatan yg menyeronokkan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt beristirahat dan menghiburkan hati, riadah; berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil menjalankan tugas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipur | 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merintang anak | menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merintang (-rintang) hati | menghiburkan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berekreasi | beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil menjalankan tugas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalaikan hati (sedih) | menghiburkan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |