menghimpit | 1 menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit: Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2 ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghimpit | 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskinan ~ kehidupan keluarganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghimpit | 1. menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit: Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2. ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. | Kamus Pelajar |
mengempa | mengapit, menghimpit (dgn perkakas atau dgn kedua-dua belah tangan); ~ tangan mengepal-ngepalkan tangan; ~ tebu menghimpit tebu utk mengeluarkan airnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menindih | 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
himpit | ; berhimpit, berhimpit-himpit berapat-rapat hingga tidak bersela lagi; berasak-asak; berdesak-desak: Para penumpang ~ menaiki bas. menghimpit 1 menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit: Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2 ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. menghimpitkan menindihkan sesuatu; menekankan. terhimpit 1 sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2 ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. himpitan kesan drpd perbuatan menghimpit (menindih, menekan dll); asakan; tekanan. kehimpitan keadaan menghimpit (menyusahkan atau menekan): Mereka terpaksa berusaha keras dlm ~ ekonomi sekarang. penghimpit alat yg digunakan utk menghimpit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
apit | 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. = apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu; ~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah dibaca dua kali pd hari tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b) pengiring raja, ajutan; ~ tempang papan yg menutup rangka perahu, badan perahu; apit-apit perangkap tikus (harimau dll); berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~ dua bintang yg berdekatan letaknya; mengapit 1. menyepit, menghimpit, menindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan; memperapitkan merapatkan, menghimpitkan; apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengem-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); pengapitan perihal mengapit; pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menindas | 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehimpitan | keadaan menghimpit (menyusahkan atau menekan): Mereka terpaksa berusaha keras dlm ~ ekonomi sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menindas | 1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), menguasai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peribadi; pergerakan-pergerakan utk mendapatkan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |