Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghina, menghinakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hina1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
cemik; mencemik mencebikkan bibir sedikit (utk mengejek, menghina, dll): dia ~ apabila memandang kami; mencemikkan 1. = ~ bibir mencebikkan bibir sedikit (utk mengejek, menghina, dll); 2. mengejek (menghinakan dll) dgn men­cemik; cemikan ejekan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencemikkan1. = ~ bibir mencebikkan bibir sedikit (utk mengejek, menghina, dll); 2. mengejek (menghinakan dll) dgn men­cemik;Kamus Dewan Edisi Keempat
menghinakan1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
nista1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: di­katai­­nyalah isterinya di muka kawan-kawan­nya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makh­luk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, meng­aibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosa­nya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya se­belah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~; 2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~; 3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul; 4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaan­nya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~; 5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~; 6. tidak penting (mustahak): perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu; 9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan); orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~; ~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb penge­tahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa; sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah; berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~; berkecil-kecilan 1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil; mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~; kecil-mengecil 1. hina-menghina, rendah­ merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; mengecilkan 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; memperkecil 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak pen­ting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil; kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol; kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara be­sar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; kekecilan 1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil; pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecil­kan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; pengecil; kata ~ Id bentuk kata yg menyata­kan kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas