ligamen | (Bio) seberkas tisu penghubung berserat yg menghubungkan bahagian-bahagian badan (menghubungkan tulang dgn tulang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghubungkan | 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghubungkan | 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghubungkan | 1. menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2. menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3. mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. | Kamus Pelajar |
penghubung | 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segenting | tanah sempit yg menghubungkan dua tanah besar atau yg menghubungkan semenanjung dgn tanah besar: ~ Kra; ~ Panama. | Kamus Pelajar |
mempergandingkan | 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggandingkan | 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ligamen | /ligamén/ ist berkas gentian yg menghubungkan bahagian-bahagian badan atau yg menghubungkan tulang dgn tulang dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghubung | 1. orang yg menghubungkan. 2. alat yg digunakan utk menghubungkan. | Kamus Pelajar |