kikis II | Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kikis | ; mengikis 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. pengikis 1 alat utk mengikis. 2 orang yg mengikis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghakis | 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg menegakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menyebabkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakinan dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hakis | ; menghakis 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg menegakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menyebabkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakinan dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; menghakiskan 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pengambilan untung selepas urus niaga berhenti rehat pd tengah hari telah ~ keuntungan terdahulu di BSKL; terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus semakin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; hakisan perihal menjadi terhakis; penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghakis | 1 mengikis dan menghanyutkan permukaan tanah, batu dll sehingga haus (oleh air, angin dll): Angin yg membawa pasir halus dpt ~ bahagian batu yg lembut. 2 menyebabkan keuntungan, kuasa, keyakinan dll semakin terjejas: Amalan rasuah yg berlaku akan ~ keyakinan pelabur. 3 ki menjadi kurang (bkn nilai, keyakinan dll): Apabila tindakan tidak diambil, keyakinan terhadap pihak berkuasa terus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengerik | 1. mengikis (mengeruk, menggaruk) dgn benda tajam (spt pisau dsb), menghilangkan sesuatu (spt tulisan dakwat, cat, dll) dgn mengikisnya (dgn pisau dll); 2. Jk menggosok-gosok (bahagian tubuh yg sakit kerana kesejukan atau masuk angin) dgn wang sen dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghakiskan | 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pengambilan untung selepas urus niaga berhenti rehat pd tengah hari telah ~ keuntungan terdahulu di BSKL; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hakis | ; menghakis 1 mengikis dan menghanyutkan permukaan tanah, batu dll sehingga haus (oleh air, angin dll): Angin yg membawa pasir halus dpt ~ bahagian batu yg lembut. 2 menyebabkan keuntungan, kuasa, keyakinan dll semakin terjejas: Amalan rasuah yg berlaku akan ~ keyakinan pelabur. 3 ki menjadi kurang (bkn nilai, keyakinan dll): Apabila tindakan tidak diambil, keyakinan terhadap pihak berkuasa terus ~. terhakis sudah dihakis. hakisan hasil menghakis; tindakan menghakis. penghakisan proses atau perbuatan menghakis: Kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor. Kita mestilah berusaha agar ~ rasa hormat terhadap ibu bapa tidak berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengikis | 1 alat utk mengikis. 2 orang yg mengikis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengikis | 1. alat utk mengikis. 2. orang yg mengikis. | Kamus Pelajar |