Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menuruti1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja kemahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. menjadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
membuntut1. mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; 2. ki mengikut: “Yg salahnya, kita sering ~. Tidak berfikir sendiri”;Kamus Dewan Edisi Keempat
menurutkan1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yg adil;Kamus Dewan Edisi Keempat
susul; menyusul 1 mengikut di bela­kang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita. menyusuli 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tem­pat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyong­­song; meng­­alu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung su­rat yg dahulu. menyusulkan 1 mem­­bawa menyusul. 2 menambahkan; menyertakan. susul­an 1 apa-apa atau sesuatu yg menyusul atau yg disusulkan. 2 hasil drpd me­nyusul. penyusulan perbuatan (hal dsb) menyusul, menyu­suli atau me­nyusulkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meniru1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertertib1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuan­nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menelusuri1 mengikut sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Mereka ~ sungai itu utk ke tempat yg dijanjikan. 2 menjejaki sesuatu peristiwa, cerita dsb: Mereka cuba ~ sejarah ttg peristiwa pahit itu. 3 mengikuti atau selaras dgn perkembangan atau kemajuan sesuatu: Kemajuan pendidikan sedang ~ era teknologi komunikasi yg serba canggih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyusul1 mengikut di bela­kang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyertai1 mengikut serta; turut bersama: SayaKamus Pelajar Edisi Kedua
rasional1 mengikut fikiran yg baik (sihat): Masalah itu perlu difikirkan secara ~. 2 alasan yg wajar bagi sesuatu perbuatan, tindakan dsb: Berikan ~ mengapa kamu bertindak demikian. merasionalkan menganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu. kerasionalan keadaan atau hal rasional: ~ alasan itu masih dipertikaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas