mengimunkan | membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengimunkan | membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengimunan | proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imun | ist tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap penyakit polio. mengimunkan membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imun | (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. | Kamus Dewan Edisi Keempat |