injak | ; injak-injak, injak-injakan 1. alat (pd mesin jahit, perkakas tenun, dll) yg digerakkan dgn kaki, rakap, pedal (basikal); 2. papan (besi dll) sbg pemijak pd kereta dll; menginjak 1. meletakkan kaki pd, memijak, menjijak: ia berbual-bual sambil berjalan ~ tar yg panas; 2. mulai; ~ tahun baru mulai tahun baru; 3. sampai (tiba) ke, bertemu dgn: di sini kita ~ lapangan kebudayaan; menginjak-injak 1. menginjak berkali-kali: benda itu diinjak-injak dgn tumit kakinya; 2. ki tidak menghiraukan (peraturan dll), tidak mempedulikan, tidak menghargai; menginjakkan = ~ kaki meletakkan (memijakkan) kaki pd: ia ~ kakinya ke lantai; terinjak terjijak, terpijak; terinjak-injak ki sangat tidak dipedulikan (dihiraukan, diendahkan); injakan hasil atau perbuatan menginjak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
injak | ; injak-injak, injak-injakan 1 alat pd mesin jahit (alat tenun, basikal dll) yg digerakkan dgn kaki. 2 papan atau besi sbg tangga pd lori dll. menginjak meletakkan kaki pd sesuatu; memijak: Belum sekali pun aku ~ tangga rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
injak | injak-injak, injak-injakan 1. alat pd mesin jahit (alat tenun, basikal dll) yg digerakkan dgn kaki. 2. papan atau besi sbg tangga pd lori dll. menginjak meletakkan kaki pd sesuatu; memijak:Belum sekali pun aku ~ tangga rumahnya. | Kamus Pelajar |
menginjak-injak | 1. menginjak berkali-kali: benda itu diinjak-injak dgn tumit kakinya; 2. ki tidak menghiraukan (peraturan dll), tidak mempedulikan, tidak menghargai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyak | 1. menginjak-injak sesuatu dgn kaki; 2. menyumbat sesuatu ke dlm bekas (peti dll) hingga padat; 3. ki memperlakukan secara keras (orang yg sudah lemah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyak | ; merenyak 1. menginjak-injak sesuatu dgn kaki; 2. menyumbat sesuatu ke dlm bekas (peti dll) hingga padat; 3. ki memperlakukan secara keras (orang yg sudah lemah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merencah | 1. berjalan menempuh lumpur (becak dll), menginjak-injak: ia terhuyung-huyung ~ air sawah; 2. ki menempuh atau mengharungi (bahaya dll): sepanjang hidupnya ia ~ kesusahan; 3. = ~ sawah menyuruh kerbau menginjak-injak tanah di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah: tanah sawahnya direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yg ditambat di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pijak | ; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injak-injak; berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang) menghina orang; memijak-mijak memijak berkali-kali, menginjak-injak: dia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap; memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan kaki pd; ~ tanah istiadat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah; terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; pijakan perbuatan memijak; pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memijak); b) injak-injak, sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencah I | ; merencah 1. berjalan menempuh lumpur (becak dll), menginjak-injak: ia terhuyung-huyung ~ air sawah; 2. ki menempuh atau mengharungi (bahaya dll): sepanjang hidupnya ia ~ kesusahan; 3. = ~ sawah menyuruh kerbau menginjak-injak tanah di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah: tanah sawahnya direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yg ditambat di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejak I | jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir seimbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (perbuatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |