isyarat | Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu; berisyarat mempunyai isyarat; berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan; mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengisyaratkan | 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |